Monday, 24 February 2014

Pengenalan Syarikat

Latar Belakang Perniagaan

                Nama kedai saya ialah Lady's Bakery. Saya menamakan kedai dengan nama ini kerana merujuk kepada menu yang terdapat di kedai kami yang berasaskan kemanisan yang disertai dengan keriangan dengan dengan pelbagai jenis kek yang lazat dan enak. Selain itu,saya menggunakan nama ini kerana senang diingati dan mudah difahami kepada semua pengunjung dan mereka sering menggunakan perkataan yang kami gunakan.

            Kedai kami akan mula beroperasi pada tahun 2014. Tarikh bagi memulakan peniagaan pada 05/05/2014 dan kami akan membuka kedai pada hari Sabtu hingga Khamis bermula pada pukul 10.00 pagi hingga 10.30 malam.

            Perniagaan kami akan beroperasi di premis yang beralamat :-

                        Lady's Bakery,
                    Lot 3.57-3.58,
                    2rd Flour Wisma Cosway,
                    88 Jalan Raja Chu Lan,
                    50200 Kuala Lumpur.
Saya memilih tempat ini kerana tempatnya yang strategik dan dijangkakan akan mendapat sambutan daripada pelanggan kerana kawasan ini merupakan salah satu pusat luar bandar yang mempunyai taburan penduduk yang padat dan juga pusat pelancongan yang terkenal di Malaysia.

Objektif Perniagaan

     Tujuan saya membuka kedai ini untuk mengkomersialkan pencuci mulut dari tempatan ke antarabangsa. Saya juga ingin memberi peluang pekerjaan kepada pelajar yang berbakat serta yang mengganggur  yang berada di Malaysia. Selain itu, dengan membuka kedai ini saya dapat memajukan diri untuk menghadapi cabaran dan juga memberi  kemudahan masa hadapan.
Di samping itu, saya ingin memberi gambaran sama ada projek yang dicadangkan berdaya maju atau tidak. Sumber utama  saya ialah dari sumber yang halal,kebersihan menjadi lambang dalam peniagaan saya. Menggunakan produk yang berkualiti juga lambang pada kedai saya supaya k memperolehi pelanggan yang ramai serta tidak memudaratkan kesihatan pelanggan yang berkunjung ke kedai Lady's Bakery.
Seterusnya, tujuan saya membuka kedai ini kerana untuk menilai potensi cadangan projek berhubung dengan pemohonan pembiayaan perniagan serta untuk mendapat gambaran yang jelas idea kedudukan kewangan perniagaan bagi tujuan sama ada akan memberi kemudahan kredit atau tidak.

Misi Perniagaan

Berharap agar kedai Lady's Bakery akan lebih maju dan berdaya saing dengan perniagaan yang lain.

Visi Perniagaan

Pada setiap tahun kedai Lady's Bakery mendapat keuntungan yang berlipat kali ganda dan bersaing di peringkat antarabangsa.


No comments:

Post a Comment